stalker

Engaged
20 october 2013


Married
10 mei 2014


Saturday, February 05, 2011

tanjong karang + kuala selangor

assalamualaikum makluk-makluk Allah yang saya sayang, terima kasih sudi singgah ke blog cik zila ini. terharu tak korang bila aku cakap, "yang saya sayang" di atas itu ? mesti rasa berbangga kan kan ? eleeh, cakap je tu. dalam hati siapa yang tahu ? anda juga yang rasa begitu. haha. chill

aku nak cerita secara ringkas sahaja apa yang buat pada hari ini. okey semua duduk dan tarik nafas panjang-panjang lepas itu lepaskan dengan pelahan-lahan okey. cerita cik zila hari ini tak berapa panjang kemungkinan. tapi nak cerita dari bagun pagi tadi sampai lah sekarang ini. bagun tempat pukul 8:00am tetapi jangan risau, aku guling-guling atas katil dahulu tahu. jadi aku jejak kaki ke lantai bilik aku pada pukul 8:10am, dengan perasaan malas nak bangun. haha, tetapi hari ini aku kena hantar pengantin saudara aku. tapi sudah macam abang aku lah, sebab dari lahir aku memang rapat dengan keluarga dia sampai lah kami pindah berjauhan sedikit. 

jadual sudah dirancang oleh cik siti azryen, iaitu mysister no-four. akan gerak pada pukul 8:00am, awal tak ? haha. macam lah rumah saudara aku nie kat negeri sembilan kan kan, haha ! padahal dekat tanjong karang sahaja. satu jam pun sampai kot. ish ish, dan tetapinyaaaaaaaaaaaaaaa. gerak jugak lewat iaitu pada pukul 9:00am lebih kuranglah. yang join hantar pengantin nie cuma aku, kak ngah and kak eryn je. mak dan abah aku pergi kenduri rumah orang lain. disebabkan pada tarikh bertuah ini banyak sangat yang kahwin, jadi kami semua berpecahlaaa. alhamdulillah semua selamat oke.teruskan cerita, sambung bawah ok

sampainya aku kat kampung sri tiram jaya,tanjong karang tepat pukul 10:00am, dan seharusnya kami berbangga, sebab kami bukan orang yang terakhir oke. ingat itu cik cik semuaaaaa. kami orang PERTAMA yang sampai ke rumah pengantin lelaki ok. huhu, makanan sudah dihidang oleh ibu angkat aku. kiranyalah, sebab kami sekeluarga memang rapat dan serapatnyaaa.jadi kami makanlah hidangan yang telah dijemput oleh tuan rumah. yummmy ! sedap ituuu. tepat pukul 11:30am terus menghantar pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. tidak jauh dari rumah pengantin lelaki. aku dengan pengantin pompuan pun ade ikatan saudara juga, hoho (FENING)

apa-apa pun ! selamat pengantin baru abang shidi dan kak aten. hope kekal hingga ke cicit oyang oke. nak cakap nie. gaun kak aten nie lawa sangattt, jeles lol. nak je merasakan pakai, tapi tunggu 5tahun lagi, insyallah. hehe, kak aten sangat-sangat lawa tahuu. <3








selepas pulang dari tanjong karang, aku with sister-sister terus ke bukit malawati. untuk melawat kawan-kawan koranglah. haha, JOKE ! aku kesana sebab pakcik aku telah datang bercuti-cuti di bukit malawati,kuala selangor ini. jadi aku pun sudah otw pulang dari tanjong karang, jadi aku terus singgah ke bukit malawati. dan aku pun terus text my kekanda untuk meet at bukit malawati. jadi terus laaaa.

sampai-sampai sana sepupu aku sudah nampak aku kat park kereta. terus kejar dan kami semua terus jumpe paksu maksu serta anak-anaknya.dan lepak sebentar untuk nantikan kekanda aku ini. aku, dan sister's aku ingin malawat monyet-monyet di atas sana. jadi aku belilah tiket kereta api tak ada dinding uh. sebanyak lima keping tiket. sebab lima keping tiket kerana kekanda aku membawa saudara dia. dan kami semua naik keatas dan memberi kacang panjang untuk monyet-monyet itu. 

lepas itu terus turun sebab kepala aku sudah pening gila-gila. mungkin aku tak makan kot. tak ada selera lah hari ini, tak tahu kenapa. hmm, sakit kot. tapi aku kuatkan semangat aku. I'M STRONG BEB ! hehe, dan terus pulang ke kapar, kekanda aku yang hantar aku pulang ke kapar. disebabkan kereta myvi kak eryn sudah penuh. sepupu-sepupu aku menaiki krte kak eryn ku dan menghantar diaorang kat sungai buloh, gombak. aku menunggu di restoran nasi lemah kapar "NLK"








fuhh, konon nak taip sedikit. tapi bila dah taip tak ingat dunia dah. adooooi, tapi ini sahaja cerita aku untuk korang, papepun terima kasih sudi membaca cerita cik zila ini, yang salah adalah tangan ku, yang benar adalah ALLAH SWT. aminnn. 

p/s: ingin siapkan assgmnt yang tertunggak dan kemas-kemas untuk pulang ke sabak bernam. cuti seminggu sudah habis, rasa sekejap je. nak cuti panjang-panjang lagi boleh tak rasanya ? haha

No comments: