stalker

Engaged
20 october 2013


Married
10 mei 2014


Thursday, May 26, 2011

bacaan yassin & lumut,perak

assalamualaikum semuaa, wah ! sudah lama tidak update. eceh eceh, sejak-sejak blogger.com nie sakit sewelkan, aku pun redho sahajalah. nak buat macam manakan, da benda nak sakit kan. aku fikirkan demam biasa sahaja. rupanya demam campak. haha, jangkitan dari aku kot ! haha, pop pop dekat muka aku sudah bersih sekarang dia serang kat blog aku pulak. haissh ! nak nangis juga aku tak dapat nak update bila aku tengah rajin nie. arghhh. alhamdulillah nie baru sihat kembali, pertolong kawan kakak aku, iaitu sister azryena. sebab aku nie *bintang-bintang* kan. bestfriend aku punya blog kena sakit macam nie juga, sister azryena lah yang pulihkan kembali, haissh ! sadis wooo. alhamdulillah blog aku sudah boleh orang lain meronging kat sini.

firstly, aku nak cerita pagi 24MEI2011 punya ceritalah kan. start itu aku sudah tidak boleh update dah, geram sahaja ! tarikh itu aku sudah pulang ke sabak bernam pada pukul 6.45am dan selamat sampai pukul 8.15am. kereta tidak laju, jadi lambat lah sampai. hihi ! tapi aku sudah bajet masa sebelum 8.30am aku sudah ada dekat kolej, menghadiri bacaan yassin untuk semester2 dan semester4. aku tidak balik sabak bernam berdua sahaja ok. bonda aku teman aku sekali. jadi kami bertigalah pulang ke sabak bernam.sampai sabak bernam uh terus hantar bonda aku pergi cut hair dekat kedai rambut yang berhampiran dengan kolej aku uh. selepas itu aku terus pergi kolej, (tapi bacaan yassin bermula pukul 9am) apa-apa pun, aku duduk relax dulu sebelum aku masuk dewan kuliah uh, dengan kepenatan juga muka aku, tapi aku boleh buat lawak pagi dengan teman-teman kelas aku. *CHILL*  aku suka gila pagi uh, rasa bahagia sebab dapat jumpa kawan-kawan kelas aku yang suka mengusik aku nie, dan dalam hati aku FULL LOVE ! sebab hati aku sudah dekat dengan hati si dia. hihi [miang] "rasa macam baru dapat kasih sayang"

selepas selesai bacaan yassin pada dalam pukul 10am, terus pergi makan dekat belakang kolej, dengan kawan-kawan kelas aku, perempuan sahaja and myteam only ! dan lepak-ing sebentar, borak-borak sambil makan untuk LUNCH. dan aku pun sudah hilang mood sedikit, kerisauan dekat bonda aku pulak, aku nak calling dia tak tahu macam mana, sebab bonda aku tak bawak handphone.jadi aku pun da naik risau jugaklah! lepas beberapa jam aku duduk dengan kawan-kawan aku nie terus aku dengan macek aku pergi cari bonda aku, first sekali cari dekat bus stand dahulu, lepas itu tak jumpa, cari dekat kedai gunting rambut pulak.tanya amoi kedai rambut uh. "blah blah". tak ada dekat situ, then pulang tunggu panggilan bonda aku jerla. tak lama aku sampai rumah sewa, tiba-tiba kakak aku call. "suruh amik mak dekat bus stand" aku pun terus kelam kabut amik wallet and phone and kunci kereta terus gerak ke bus stand. alhamdulillah jumpa bonda aku disitu.

lepas ambil bonda aku dekat bus stand, tanya and tanya ! "mak dah beli tiket bas dah" aku pun, lol ? kenapa belikan. kalau da tak ada bas lompat-lompat tak payahlah belikan. tapi mak aku sudah beli, naik bas pukul 01.15pm. time aku jumpa mak aku uh pukul 11.00am, jadi aku ajak mak aku minum-minum dekat kedai makan berhampiran sampai jam 12.45pm. aku teman mak aku sampai naik bas, alhamdulillah bas pun selamat sampai ke destinasi yang mak aku tuju, *amin*

cerita petang pulak,
berdating pulak dengan kekasih hati aku, yang sudah seminggu tidak ketemu kan. dan 24/06 sudah jumpa kembali, hihi. sweet sahaja ! meet dia pukul 2.15pm macam tu lah, lepas aku hantar mak aku uh, terus balik rumah sewa then mandi-mandi and siap-siap keluar dengan HIM aku lahhhh, pergi jalan-jalan sampai LUMUT,PERAK. makan angin sambil minum air hujan. haha ! joke, perjalanan kami ke sana, hujan yang terlebat. wow ! seram sejuk jugaklah aku rasa. but tawakal dan bismillah banyak-banyak, alhamdulillah selamat juga sampai sana dengan jayanyaa. hahaha ! hujan lebat pulak, haisssh.

jalan-jalan sambil shoot gambar aku dekat sana, best je ! suka guling-gulingkan. si encik photog pun melayan kerena aku nie, hihi. jadi die shoot lah aku, jangan jelesss. talent untuk dia. dia itu myboyfriend. hihi. dan penat sudah guling-guling dekat lumut uh, terus gerak pulang, tapi cari kedai maka dulu. perut sudah bernyanyi lagu dangdut dekat perut kiteorang. perjalanan pulang kami mencari kedai makan, dan akhirnya jumpa, kedai makan apa ek, but sedap, nice and tip toplah kedainya kan !

mungkin ini sahaja cerita aku pada hari selasa itu. byee !









p/s: seronok dapat menatap mata :) loveyou bie !

No comments: