stalker

Engaged
20 october 2013


Married
10 mei 2014


Sunday, May 01, 2011

sudah mempunyainya ! apakah ?

assalamualaikum.
hihi, nak gelak dulu boleh ? tapi nak sengih-sengih dulu lah, and senyum sampai telinga. cerita ini adalah cerita pada hari SABTU 30APRIL2011. sebab update lambat sikit, sudah 1MEI2011 pulak. tak apalah, berapa jam aje kan dari jam aku update nie kan kan. 

permukaan cerita, dari pagi aku bagun yang begitu awal. iaitu pukul 7am mungkin, disebabakan aku tak lena tidur dan kejap-kejap aku terbagun, tak tahu kenapa. sebab nyamuk satu, dan mungkin sebab kerisauan aku kepada kekasih hati aku. sebab dia tak sihat, risau gila. dan bagun kul7am pun sebab terjaga and terus tengok h/phone, ada 1MESSAGE dari kekasih hati aku. yang tertulis ? ______________biar aku sahaja yang tahu_________ dan selepas aku baca, aku terus call dia. sebab risau gila lah time uh. lepas call dia then die kata OKEY, alhamdulillah. aku pun okey la sikit tapi keadaan aku jer mendukacitakan, mata aku bengkak. tak tahu. then aku terus online facebook kejap. then offline terus mandi pagi-pagi sebab kepala aku pening tak tentu pasal. basahkan kepala aku nie. lepas uh terus turun bawah. tengok apa yang patut aku makan, 

mood aku MALAS autoooo jer ! tapi kemas ruang tamu kejap, if pun aku tengah malas. disebab kan mata aku pun sakit tengok bersepah-sepah nie. jadi aku kemas lah meja makan and ruang tamu rumah aku nie. sebelum aku kemas-kemas nie, aku kuar rumah kejap. bersihkan kandang kucing aku dulu. then main-main dengan CICUKA DAN CICIKI, rindu dieorang kot ! dieorang pun dengar je cakap aku. hihi, dalah tengah hujan. aku cakaplah dengan CETCAT aku nie, "JANGAN MAIN HUJAN, NANTI SAKIT" hihi, macam manusia pulak kan, ? hihi, then dieorang pun dengar kata-kata aku uh, dieorang masuk rumah. main dalam rumah. memang dalam ruang tamu aku uh tempat mainan dieorang. panjat-panjat pulak. geram betul.

selesai kemas rumah aku, mak aku ajak aku pergi rumah satu lagi, iaitu rumah abang aku. dekat depan rumah aku je. tak jauh mane pun. 4langkah sampai. kalau kaki panjang lah. hihi ! mak aku suruh pasang langsir then bungkuskan sejadah dan yassin dalam beg. untuk kenduri 7MEI2011 nie, rumah aku ada kenduri DOA SELAMAT. 7MEI2011. lepas isyak, jadi kemas lah apa yang patut. tinggal seminggu jer. insyallah akan berjalan dengan lancarnya, if pun time uh aku dalam keadaan busy, aku balik kapar pun mungkin sabtu petang. sebab pagi aku kene pergi lawatan ke rumah anak yatim di sungai besar. memang jadual aku padat gila. nak buat macam mana kan, kene lah pandai aturkan jadual kan kan. heeee !

dipetang hari pulak, aku tidur ! tapi macam AYAM, kejap-kejap bagun, tak tahu kenapa. if pun aku ngntok gila, sebab tak cukup tidur malam tadi kan, tapi tu laa mood aku dalam keadaan tidak seimbang kan. so JADI LAH AYAM BETINA. haha ! aku bagun tidur pun sebab kak eryn aku kejudkan aku. sebab suh makan tengahhari. so, aku pun turun lah bawak dengan keadaan macam ape entalah. sempurna tapi ENTALAH, tengok cermin. muka bengkak-bengkak. means, MATA aku sahajalah. merah-merah macam NAGA ! haha

lepas makan terus lepak atas katil guling-guling sambil text dengan kekasih hati (gonjang kejap tiba-tiba text petang uh) alhamdulillah semua keadaan OKEY sahaja. TABAH menempuh dugaan. lepas uh abang aku pulak text, dekat-dekat pun text. huhu ! jauh lah beb, rumah depan dengan rumah sini. jauhhh. abang aku ajak pergi tesco. aku pun terus siap-siap, tapi terus bersiap pergi rumah kakak ipar aku dekat puchong. ade kenduri arwah untuk ayah kakak ipar aku dengan arwah suami kakak ipar aku. iaitu arwah abang aku. 

dalam perjalan ke puchong, aku da family aku singgah TESCO SETIA ALAM, abang aku ajak pergi kedai NIKON, dalam tesco uh ade kedai NIKON, aku pun dalam hati, tersengih-sengih jugalah. macam nak dapat something jer. hihi ! aku bawaklah sekali nikon aku. mmng aku bawak nikon aku sebab nak amek gambar kat puchong kan. tup tup singgah kedai nikon kat tesco setia alam, tempat aku beli nikon aku nie. nikon aku nie pun sudah setahun bersama aku. alhamdulillah. cukup bulan APRIL, die sudah dapat hadiah dari abang aku. hihi ! aku turut gembira. terima kasih abang aim sebab belanja SPEEDLIGHT dan LENS 55-200. terharu gila, dari mood aku yang macam PISANG BUSUK, then jadi MUNTIARA. haha, aku pernah ngidam benda nie. test usha post aku yang ini TEKAN SINI :) 


-
-
-

muka dalam keadaan tidak seimbang -.-





-
-
-
-
sesudah beli speedlight and lens 55-200




-
-
-
kenduri arwah, di puchong kenduri


itu sahaja cerita saya pada 30APRIL, selamat datang 1MEI :)

No comments: