stalker

Engaged
20 october 2013


Married
10 mei 2014


Monday, May 30, 2011

trip to kedah darul aman, 2hari 1malam

assalamualaikum, 

cerita cik zila yang ramai nak tahu kemana cik zila pergi beberapa hari ini kan ? hoh, hari ini sudah 30MEI, iaitu tarikh ROAD TAX kereta aku mati, tapi aku sudah tampal yang baru. alhamdulillah, sudah settle urusan road tax kereta pada hari khamis di public bank sekinchan. bersama bonda ku. habis cerita road tax kereta, teruskan dengan trip aku ke kedah darul aman, with myfamily.

hari pertama,
berbalik kepada entry cik zila di atas itu ok. TRIP TO KEDAH DARUL AMAN, jauhhhhh ye perjalanan cik zila nampaknyaa ! huhu, bukan cuti-cuti malaysia ok. aku bersama keluarga tercinta aku ke kenduri kahwin abang kepada anak angkat mak aku, sudah macam saudaralah kan. seterusnya perjalanan cik zila ke sana pulak ok, aku dan keluarga menaiki kenderaan 4roda.iaitu kereta, sebanyak 2biji kenderaan yang kami gunakan untuk ke kedah ini. dan kedua-duanya MYVI. perjalanan kami bermula pada pukul 4.30am pagi sabtu. alhamdulillah perjalanan kami selamat sampai ke kedah pada pukul 10.30am.

kami singgah R&R sungai perak sahaja dan banyak stop di shell dan petronas, dan terus sahaja ke kedah. alhamdulillah selamat sampai dan tidak sesat pun, :) hihi. sampai sana kami dijamukan nasi goreng kedah, dan kuih muih. dalam beberapa jam kemudian, kami diberikan 1bilik dan rehat disitu. selepas itu dalam pukul 12.30pm kami hantar pengantin ke rumah perempuan, berhampiran jugalah ! dan tema bagi pihak perempuan adalah MERAH JAMBU, tapi terbalik tema. aku pakai baju coklat time uh, esoknya baru aku pakai baju kurung merah jambu. hihi. 

selesai berjamu selera dirumah perempuan, dan kami gerak dahulu. pergi jalan-jalan dikedah sebentar, pergi pekan rabu. dan shopping sakan kat sana. haha "tapi aku dah tak tahu nak beli apa kat situ, sebab banyak makanan sahaja" bedal sahajalah kan, belikan ole-ole untuk kakak angkat aku, untuk mydarling dan kawan-kawan kelas aku, beli ole-ole dari kedah !  sudah penat round-round pekan rabu, dan tangan pun sudah penuh kan. teruskan perjalanan ke KUALA KEDAH, iaitu pantai disana. tengok pantai sana dan snap-snap suasana disana. 

penat sudah berjalan satu hari, terus gerak balik rumah keluarga anak angkat mak aku nie. terus mandi-mandi dan tak tahu malam tu nak buat apa, rehat-rehat dalam bilik. masing-masing muka kepenatan. aku pun tidur awal kat sana, sebab ngantuk dan keletihan sesangat. habis cerita hari pertama disana.

hari kedua,
bagun dalam pukul9lebih kemungkinan, sebab tak sempat tengok jam, sebab dengar orang jerit-jerit suruh bagun. aku pun bagun jerla then terus mandi-mandi dan siap-siap untuk kenduri dirumah pihak lelaki pulak. lepas siap semua, pack-ing barang-barang untuk masukkan dalam kereta. sebab ingin pulang ke selangor darul ehsan pulak. siap makan dan salam-salam, terus kami gerak ke selangor dalam pukul 1.30pm kemungkinan.  dan terus sahaja pulang ke selangor, sampai selangor pukul 7pm dan terus hantar kakak ipar dan anak-anak buah aku ke puchong dahulu. then baru kami pulang ke kapar pulak.sampai rumah kapar pukul 8.30am then pack-ing barang aku pulak ke sabak bernam pulak. puffff ! penat, penat ! gila lah aku nie. itu sahaja cerita hari kedua cik zila, mintak maaf sebanyak diCUT. hihi, malas nak menaip :)

wish me good luck start exam today. thnks.
































No comments: