stalker

Engaged
20 october 2013


Married
10 mei 2014


Thursday, June 09, 2011

BBQ with friend's SKS2A

assalamualaikum.

apa khabar semua follower semua, harap semua dalam keadaan sihat-sihat sahaja oke! hari ini cik aura nak cerita pasal event BBQ malam semalam buat, alhamdulillah firstly, dan syukur alhamdulillah sebab event BBQ untuk kelas dan pensyarah tersayang kami menjadi, event ini diketuai oleh aku sendiri dan pembantu aku, encik huzairie. dan sekelas yang banyak bekerjasama satu sama lain, apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih banyak-bayak sebab semua bekerjasama untuk event ini, if pun semuanya. kita hanya merancang ryte ? tapi tuhan itu yang menentukan semuanya. ada separuh yang tak dapat hadir disebabkan hal-hal tertentu.

bbq kami sekelas ini dibuat di rumah salah seorang kawan sekelas kami, iaitu rumah encik idris iaitu bapa kepada cik ziera. di parit4 tumur, sungai besar. bermula event ini pada pukul 9.00pm, selepas isyak. event rabu malam khamis ini telah menemukan kami sekelas untuk akhir semester(2) ini, dan selepas ini kami semua akan melangkah ke LATIHAN INDUSTRI, masing-masing berpecah. hanya facebook sahaja menemukan kami semua. syukur alhamdulillah selesai sudah exam kami semua. yang bejalan selama dua minggu.

cik aura tak banyak nak cerita, sebab kepenatan masih terkumpul didalam badan cik aura ini, sebab itu cik aura update blog pasal bbq uh lambat, apa-apa pun party kami sekelas seronok ! penuh kenangan, terima kasih kepada yang hadir dan pensyarah tercinta kami, iaitu cik qistina, miss gee dan encik suhalil. dan tidak lupa kepada pensyarah gila-gila kami iaitu encik firdaus yang tidak dapat hadir ke event kami ini, disebabkan dia ada kursus di klang. jadi kami cuma dapat dengar suara die sahaja, miss gee call encik daus dan bagi kiteorg dengar pesanan die sebelum kami semua ke latihan industri ! terima kasih pensyarah kami semua. tak lupa kepada semua pensyarah yang mengajar kami dari semester(1) dan semester(2) dan sekarang kami hendak ke latihan industri. doakan kami berjaya di latihan industri ini ye.

ada sedikit gambar kenangan kami, loveyou all sks2A :)




gambar lain boleh tengok di album cik aura di facebook ok. thnks.


p/s: cuti sebulan sudah mendatang, akan merindui encik beck :( missyousomuch !

2 comments:

awek retro said...

best kan bbq..lme da tak wt bbq..hehe

Azila Aini said...

best sesangat :) hihi