stalker

Engaged
20 october 2013


Married
10 mei 2014


Monday, June 20, 2011

hang out @ mid valley magamall

assalamualaikum,
alhamdulillah bersyukur kepada tuhan yang maha esa sebab memberi waktu untuk aku menaip keratan cerita aku pada hari ini, perjalanan aku bermula dari pekan kapar selepas itu ke sunway,PJ dan destinasi yang dituju ialah mid valley magamall,KL. keratan cerita ini mungkin sedikit sahaja, harap pembaca hayati dengan teliti ok. 

geraknya kami, kami a.k.a cik zila dan cik eryn ! menaiki tayar empat cik eryn. cik eryn a.k.a mysister terLOVE.  oleh dengan itu kami berdua sudah merancang ingin ke mid valley,magamall. kuala lumpur. serta abang-abang senior kksb aku, beliau kawan kakak aku juga. dan beliau dan kakak aku sudah merancang sepenuhnya untuk keluar pada hari ini. aku pun free, tak buat apa-apa. jadi aku join dieorang. abang-abang senior aku nie sudah berjanji nak belanja aku. aku kan STUDENT, dieorangkan sudah BERKERJA. wah ! nampak perbezaannya itu, hihi. apa-apa pun niat abang-abang senior aku yang nak belanja aku aku sudah tercapai. terima kasih kepada abang khiril a.k.a atok dan abang ari. dan terima kasih juga kepada kakak terLOVE aku, iaitu siti azryen. sebab belanja makan CHICKEN RICE dekat food court mid valley. 

dengan secara langsungnya, aktiviti kiteorang bertiga hari ini ialah, tengok wayang dan main bowling ! seronok, tapi mood aku je macam kurang ok. tapi sehabis baik aku ok kan mood aku nie. sebab aku ngantok sesangat kot. sampai mid valley pukul 10.45am, terus park kereta selepas itu naik floor atas cari panggung wayang. tengok pukul berapa cerita yang kitaorang nak tengok tu, cerita apa agak-agaknya lah aku kiteorang tengok kan kan ? hihi ! cerita apa lagi kalau tak "KL GANGSTER" fuhhhh ! bak kata kekanda aku "tak ada cerita lain ke?" hihihi, disebabkan abang khairil a.k.a atok nie belum tengok, kami pun ON sahaja. sebab aku, kak eryn dan abang ari suka tengok cerita uh. aku pun tak bosan kot tengok cerita uh. seronok sangat bagi aku. aku rasa kan, banyak-banyak cerita kan, KL GANGSTER terhebat la beb, sampai aku tengok dua kali beb. hihi, macam teha radzuan pulak. hihi

tiket wayang pukul 12.00pm, jadi dalam satu jam tu. kami jalan-jalan cari makan dulu. sebab perut aku dengan kakak aku lapar, tidak sarapan kan. jadi kami berdua makan CHICKEN RICE sahajalah. kakak aku belanja lah, agagagaga !selepas makan uh, lepak-lepak kat food court uh kejap. sambil tunggu jam menunjukkan pukul 12.00pm. daaaan, akhirnya jam sudah menunjukkan pukul 12.00pm kami terus pergi masuk panggung wayang, tempat duduk kami berempat terbaiklah. tak sakit tengkok pun. grrrrr ! 

selesai tengok wayang, macam biasalah. dalam panggung sejuk pulak. kalau keluar mesti cari tandas. haha ! apa-apa pun aku dalam panggung tadi PEH ! ngantok weeeh, sabar jerla mata aku nie. tenang sahaja, selesai pergi tandas, pergi main bowling pulak. siapa belanja ? deng deng ! aku pun tak perasan. haha, tahu-tahu sudah bayar, main tiga game. terbaiklah ! mood malas aku datang macam biasa. main macam nak taknak main aje pulak. sebab aku pakai long skirt kemungkinan. tapi aku ngantok sesangat ! sampai game ke tiga aku sudah malas, siap tertidur dalam tempat bowling uh. terbaik lah weh. aku nie kalau da ngantok. mana-mana pun boleh lelap. hihi. 

aktiviti di mid valley sudah selesai, jadi round-round satu mid valley sambil snap-snap ! then terus gerak pulang. makan dekat depan mentari court, sunway. disebabkan mahu hantar abang khiril a.k.a atok nie pulang ke rumah die, di mentari court. jadi makan dekat area situ sahajalah. lepak-ing sambil penuhkan perut nie. huhu. 

mungkin ini sahaja cerita aku pada hari ini, terima kasih sudi membaca cerita cik zila yang tak seberapa ini. byee. jumpa next post ok.






















p/s: itu sahaja gambar yang boleh dihias diblog ini, terima kasih !

4 comments:

AkimDanial said...

food cost ke food court?

Azila Aini said...

silap menaip ! urm, sorry cikgu beck !

awek retro said...

cantik pakai macam tue..tp jdk model tue..kurang sikit..tp da ramai sgt pakai camnie kan..hehe

Azila Aini said...

huh, yup ! but tu kuar jejalan kan :) hihi