stalker

Engaged
20 october 2013


Married
10 mei 2014


Monday, July 11, 2011

1st day practical @ JRC-Pro TECHNOLOGY SDN.BHD

assalamualaikum kawan-kawan semua dan terutamanya kawan-kawan kolej komuniti sabak bernam serta kolej komuniti lain yang telah menjalani LATIHAN INDUSTRI pada hari ini. syukur alhamdulillah aku telah berjaya menghadiri hari pertama LATIHAN INDUSTRI ini. apa-apa pun saya sangat bahagia dan rasa tak boleh nak masuk practical tadi pagi disebabkan saya merasakan GUGUP ! GAGAP ! GIGIP ! semua ada kot. mungkin anda sebegitu juga ye ? biasalah pertama kali masuk practical kan. normal weeeh. kita kena merasa bangga sebab kita telah masuk alam practical. kan kan ?


dengan cara rutin hari ku bermula hari ini 11JULAI2011 (isnin) di compny JRC-PRO TECHNOLOGY SDN.BHD. di seksyen7,shah alam. akan menjalani LATIHAN INDUSTRI ini selama 5bulan lebih sikit. kemungkinan. dan Insyallah aku akan buat yang terbaik untuk diri aku.  perjalanan dari rumah aku tidak jauh mana, kecuali jem. memang jauhlah nampaknya. 15minit if tidak jem. memang sampai tempat practical nie. bermulanya waktu kerja pada pukul 9:00am hingga 6:00pm. dan waktu bekerja hanya ISNIN HINGGA JUMAAT sahaja. 

hari pertama aku di compny JRC-PRO ini, kami banyak relax dari diberi kerja, sebab first day kan. mungkin dia nak kiteorang selesakan dengan compny die dahulu mungkin. aku bukan seorang sahaja di tempat practical itu, aku bersama nor fahanim dan nor azriena. aku dan anim dari KKsabak bernam dan riena dari KKmasjid tanah, melaka. riena ialah kawan aku dari sekolah menengah. kami sudah apply tempat practical yang sama. cool* 

secara ringkas datangnya kami di compny itu pada pukul 8.45am, awal kan ? hihi ! mestilah, firstday !  adoooi. masuk dalam compny uh then duduk selama 10minit dan encik shahrul ialah adik beradik dengan encik amir, encik amir ialah orang yang uruskan practical kami. tapi beliau tiada disini, jadi kami berurusan dengan encik shahrul, beliau memberi taklimat sedikit selama 30minit. dan baru kami di beri tempat duduk. dan kami dapat sebuah pc dan cpu ! yang kami kena betulkan, testing untuk kami bertiga. diberi masa 30minit. tapi alhamdulillah, belum 30minit kami sudah settlekan masalah cpu yang rosak itu. dan kami boleh gunakannya, dan ONLINE. hihi. 

selepas selesainya pc dan cpu itu, kami duduk terpusing-pusing sebab keboringan.dalam 1jam kemudian, kami diberi 5laptop yang kami tak tahu sakitnya, jadi kami bertiga ON semua laptop dan usha satu persatu. mungkin sakit laptop itu sikit kot. sebab kami nie tiba-tiba (tak ingat) haha, jadi buat apa yang kami tahu sahajalah, apa-apa pun selesai 5leptop itu sebelum kami keluar makan tengahari. pada pukul 1pm hingga 2pm. habisnya rest, kami duduk terpusing-pusing keboringan lagi. jadi kami banyak online dari buat kerja. sebab tak ada kerja. duduk pusing diri jerla kan kan dan aku tidur dengan tidak sengaja. huhu. selepas 3jam kemudian, datang satu castomer yang menghantar CPU beliau yang tengah sakit itu kepada kami, jadi itulah kerja akhir kami untuk hari pertama kami kerja. tetapi CPU itu akan kami sambung esok, disebabkan ada benda yang kami tak ada, kena tunggu bos dahululah. 

itu sahaja cerita aku di FIRST DAY PRACTICAL ini, buku laporan tidak sentuh lagi, hihi ! akan dibuat sebelum jumaat ini, untuk minggu ini. hihi. ada sedikit gambar dari aku :-







 menunggu driver amek, jadi klik one picture !


p/s: arghhh ! penat, badan lemau macam ape enta nie, esok macam biasa ! esok projek pertama kami bertiga di UITM SHAH ALAM, huh -.-'

No comments: