stalker

Engaged
20 october 2013


Married
10 mei 2014


Sunday, August 21, 2011

berbuka puasa bersama rakan-rakan kelas kksb

assalamualaikum rakan-rakan blogger. macam biasa, blog saya sudah bersarang, kelawar sudah duduk sini dah, kene usirkan die pon mengambil masa. jadi beru hari ini saya boleh update blog saya nie. (alasan) apa-apa pon aku nak cerita pasal apa yang terjadi pada 20OGOS2011 ?? iaitu tarikh aku serta rakan-rakan kelas aku berbuka puasa. alhamdulillah tarikh yang aku pilih telah pon berjalan macam dirancangkannya, tetapi tak semua kawan kelas aku join, jadi aku terima kasih lah siapa yang join malam tadi kan, walaupon tak ramai mana pon, disebabkan masing-masing jauh. 




perjalanan cerita pada hari sabtu 20ogos2011, aku gerak dari sini bersama datin norfahanim a.k.a makcik aku. gerak dalam pukul 3.00pm lebih kuranglah. disebabkan jalan agak jem. jadi keluar awal lah. then aku stop dekat kuala selangor, menunggu kawan aku. dalam pukul 4pm lebih sikit terus gerak ke sungai besar. sampainya ke sungai besar terus mengambil datin nazirah idris. hehe, dalam pukul5pm lebih terus book-ing tempat duduk dekat Restoran Corner Kick , Sungai Besar. lepas booking pergi round pekan sungai besar. suasa sebok gila kot. aku lalu je semua bazaar uh, aku tak singgah pon, semak je ! lepas cukup round tu terus pergi ambil datin norafizah pulak dekat tempat kerja dia, area sungai besar juga. dalam pukul 6.30pm mcam tu lah die habis kerja. lepas aktiviti mengambil orang-orang nie, terus pergi restoran tu.

acara berbuka puasa pon alhamdulillah selamat dijalankan, terima kasih kepada yang berbuka sesama semalam ok. selesai makan semua, relax kejap ! then dalam pukul 9.00pm terus gerak pergi teluk intan, dua kereta sahaja follow. sampai sane terus pergi expo teluk intan dekat menara condong. usha-usha apa yang ada, if pun suasana hujan, tetapi semangat nak raya tu fuyoooo. ramai gile, aku tengok dieorang shopping pon aku da semangat, aku bukan beli pape pon, beli kain kapan je. haha ! (joke) beli skirt je. lalala ~

selepas selesai cuci mata terus pergi karaoke dekat area teluk intan juga. aku tak suke karaoke, jadi aku layan jerlah. sebab aku memang tak suka karaoke ! bukan hobi aku, kalau setakat melalak dalam kereta or dalam bilik tak apa. sebab tak ada orang dengar sangat. hehe ! aku kan pemalau. agagaga. cukup 3jam dieorang karaoke, time untuk pulang, dan cari kedai makan untuk sahur. jadi kiteorang bersahur di kedai makan MEK JKR,sabak bernam.

habis aktiviti semua, dan mata aku pon serius tak mampu nak bukak da, aku angkut si fiza sekali tidur dekat rumah si zira. hehe, aku pon check-In dekat rumah zira, then tidur tak lama pon, pukul 8am aku sudah bagun and siap-siap then terus gerak balik kapar. begitulah cerita saya serta rakan-rakan saya. habiskan masa with team. if pun masing-masing tengah practical. terbaik !

ada sedikit gambar, terima kasih































p/s: waiting next post, berbuka with compny JRC-Pro

No comments: