stalker

Engaged
20 october 2013


Married
10 mei 2014


Wednesday, September 28, 2011

buah naga #mengidam tiba-tiba

Assalamualaikum Follower Semua,
Mintak maafnya sebab sudah lama tidak update panjang-panjang nie kan. Mesti ade yang tunggu-tunggu bila aku nak update panjang-panjang nie kan. Sabar yeee, cik zila ada sahaja di sini, cuma tiada masa sahaja mahu update blog. busy sangat, jadual pun penuh sesangat. jadi nak update tu kena ade ruang yang FREE baru boleh update dan banyak benda boleh share dengan korang, kan kan ? apa-apa pun aku ingat korang semua dan ingat dekat blog aku nie. walau pun aku rasa sudah bersawang sedikit, kesian myblog !

Hari ini aku nak share benda yang aku nak makan sesangat, musim ? kemungkinan kot musim, tapi apa aku kisah, musim atau tak, janji aku nak juga buah yang aku nak makan sangat nie. buah apakah ? mestilah binatang yang aku takot dan ganas ini, hehe. BUAH NAGA, aku mengidam sangat buah naga nie, tak tahu kenapa aku rasa nak sangat makan buah naga ini. harap aku akan dapat dalam minggu ini atau minggu depan, nak sangat buah naga weeeh. tolong dakuuuu !


Inilah BUAH NAGA yang aku idamkannya ! merah+ungu sahaja isi dia. nyum nyum,  INGINKAN NYAAA ! tolongnya hadiahkan buah naga untuk cik zila. hehe ! aku memang setiap bulan akan mengidam benda yang plek-plek, siapa kenal aku, tahulah aku nie macam mana, cukup bulan mesti aku akan mengidam benda plek-plek, tapi taklah plek mana kan, cuma susah sikit nak mencari lah, tu je masalahnyaa. hurm, tapi apakan daya, tekak aku memang suka benda yang plek-plek. 

Khas untuk BULAN OKTOBER, kenapa dengan bulan oktober ? hehe, bulan kelahiran aku sudah datang. tu yang buah naga aku inginkan. grrrrr. jangan lupa yeee. berapa haribulan ? usha INFO CIK ZILA ok. sekian terima kasih. 


*Kebaikan buah naga untuk kesihatan

Rasanya manis dan banyak air. Apa kelebihan buah naga ni ?
Jom kita tengok :-
  • Kaya dengan vitamin c, kalsium dan karbohidrat
  • kandungan serat yang tinggi dan bagus untuk mereka yang mengalami masalah sembelit juga mengekang penyebab penyakit kanser
  • mampu menurunkan paras kolestrol, menseimbangkan gula dalam darah dan melancarkan proses pencernaan
1) Pada sesiapa yang belum pernah cuba dan ada masalah kesihatan, elok cuba amalkan makanan yang natural ni dan kurangkan pengambilan suplement perlahan-lahan.
2) Kalau anda sedang mengandung, elok makan untuk elakkan sembelit yang selalu berlaku pada wanita mengandung.
3) Kalau anda baru lepas bersalin atau dalam pantang pulak, saya nasihatkan jangan sebab buah naga ni dalam kategori sejuk.Makanlah waktu dah habis pantang nanti.

4 comments:

ikeen said...

eh. bak siket. ngee

Azila Aini said...

nak ? jom cari sesama :D

Anak Orang said...

arwah akak saya suka makan buah ni :D

Azila Aini said...

yeke ? sedap kan ?