stalker

Engaged
20 october 2013


Married
10 mei 2014


Saturday, September 10, 2011

open house (FANA)

Assalamualaikum


hai follower semua. mintak maaf sudah lama tidak update ! bukan sebab tiada cerita, cerita ada. tetapi aku busy sesangat. lagi-lagi tengah practical nie. memang aku susah sikit la nak update, kalau betul-betul aku free baru aku update blog nie. tapi terima kasih yang masih support cik zila ! love it. 

hari ini aku nak cerita pasal open house rumah kawan myspace dan facebook aku. yang aku pernah kami menjadi sahabat baik dan sejati walaupun didunia cyber ! ALLAH SWT tahu kami ikhlas dalam persahabatan. dan akhirnya kami bertemua juga bertiga di muka bumi ini. kepada noor fatihah dan norfarhana. walaupun banyak dugaan selama kita berkenalan. mungkin ini ujian dan adat dalam persahabatan, harap lepas ini kita boleh menjadi seperi dahulu kala. 

dengan izin ALLAH SWT, kami bertentang mata bertiga, gelak bersama. suke bila dapat jumpa bertiga ! tadi aku pergi rumah CIK FANA di negeri sembilan. jemputan aku dapat dari CIK TEHA. sebab aku sudah lama tidak berborak dengan CIK FANA. jadi tadi aku tak pergi memana. aku pon join lah open house uh, tunggu CIK TEHA habis kerja. aku bersama ENCIK LOVE pergi jemput CIK TEHA dan ENCIK ZUL di dataran merdeka. dalam pukul 12:30pm CIK TEHA dan ENCIK ZUL sampai tempat park kami berdua tunggu dieorang.

semua sudah ada di dalam kereta, terus gerak ke negeri sembilan. ENCIK LOVE jadi driver CIK ZILA pada hari ini. hehehe ! cian beliau sebab drive dari kapar hingga negeri sembilan. sampainya kiteorang di tol senawang terus call CIK FANA, sebab aku lupa jalan nak pergi rumah dia. sebab sudah lama aku tak pergi sana. alhamdulillah akhirnya jumpa juga rumah CIK FANA. walaupun tadi mula-mula salah masuk lorong. hehe ! apa-apa pun kami malu sikit. sebab open house lepas asar, kami datang pukul 3pm. alahai, tak apalah ! kami tertamu pertama datang rumah. hek hek.

menu dirumah CIK FANA ialah mee kari. yam yam ! sedap. tapi aku tak habis makan, sebab aku memang makan tak pernah habis. hehe, sedih je tengok mee kari tu. aku tak habis kan. sedih mee kari tu. -.-' masuk dalam mimpi kang. grrr !  cukup satu jam kot kami duduk dirumah CIK FANA, terus kami pulang ke kuala lumpur. hantar CIK TEHA dahulu. di rumah dia, selepas itu terus gerak balik ke pekan kapar, hantar ENCIK ZUL pula ke meru, jadi aku balik ke kapar BERTIGA lah,  lepas hantar ENCIK ZUL, terus pulang. dengan jalan kapar yang paling-paling jem. alahai. sabo jerlaa ! dari kuala lumpur hingga kapar aku drive. cian ENCIK LOVE drive aje. jadi tukarlah aku pulak. kalau aku bawak memang terbanglah. ENCIK ZUL, mintak maaf ye CIK ZILA bawak kereta macam orang gila. haha ! tapi tu slow la tu 120km. grrrr. 

itu sahaja cerita yang sempat aku kongsi sesama korang. gambar bersama tuan rumah serta kawan ku. ada sedia :- byee! esok open house rumah CIK IZATIE.