stalker

Engaged
20 october 2013


Married
10 mei 2014


Thursday, November 17, 2011

full driving license :)


assalamualaikum. warga blogger ! 
aku nak leraikan cerita aku yang semalam aku kata, aku akancerita, ada apa pada 17/11/2011 ? ceritanya bermula dari sini ok kawan-kawan. pada tarikh sedemikian, iaitu pada hari ini 17/11/2011 adalah tarikh akhir atau tamat aku bersama lesen 'P' aku. syukur alhamdulillah pertama sekali. sebab aku telah lulus bersama lesen 'P' selama 2tahun. 

aku mengambil lesen memandu B2 dan D. apa itu B2 ? lesen motosikal dan D ? lesen kereta. aku ambil lesen sekali serentak pada tahun 2009, akhir tahun. dan pada hari ini aku telah pun FULL driving license. alhamdulillah. aku bersyukur sangat. dengan tiada kesalahan dan tiada saman. bersih selama 2tahun lesen aku nie.


inilah wajah muka orang batak lesen ! haha, aku akan frem lesen L dan P nie nampaknya lepas nie. buat kenangan then tunjuk kat anak-anak aku akan datang, tengok muka comel mama die. haha *perasan*. bukan selalu nak batak bersama lesen nie. sebab sudah penuhkan. jadi kenalah batak. haha ! lesen nie aku hidupkan selama 2tahun. 2013 baru habis ! then hidupkan macam biase.

buat lesen memandu di JPJ SELANGOR, area shah alam. aku ditemani bonda dan kak ngah ! terima kasi mak sebab teman anakmu ini, sebab aku tak tahu jalan nak ke jpj nie. hihi ! kira firsttime lah aku jejak jpj kat shah alam nie, sangatlah terharu. sebab masuk jpj sebab nak buat full lesen. sampai cakap dengan kakak kat kaunter aku nak buat nie, tetiba aku gagap pulak. haha ! *funny*



lesen oh lesen ! sudah genap 2tahun kau bersama ku, hihi, harap lepas ini aku boleh menjadi pemandu yang berkhemah. berkhemah ke ? haha ! lesen P pun aku drive macam nak terbang ! belum Full lagi, mesti terus berkepak-kepak aku bawak. haha, #chill

aku bawak memang macam orang tak sabar ! tapi aku ikut undang-undang ok ! kalau kuning aku pecut, haha,  hebat tak hebat lah, tapi bahaya. jangan ikut aksi cik zila nie. hehe, lepas nie aku bolehlah driver kereta sesiapa pun, sebab sudah tiada P. jadi aku taklah takut nak drive kereta orang nie. kalau naik kereta manual, memang macam siput nak belajar jalan la. tapi kalau auto ! aku memang bawak 120km. paling kurang lah tu aku drive, agagaga !

itu sahaja nak cerita, kepada yang asyik tertanya kenapa harinie kan, jadi ini la ceritanye, hehe ! terima kasih kerana sudi menunggu next post. kbai. 

9 comments:

noraim said...

tahniah zila :)

bawak kereta hati2 :)

Azila Aini said...

thanks noraim :)

sYiRa LoKMaN said...

tahniah !.. bwa kete leklok tau ^_^

Azila Aini said...

ok syira :) thnks

Irna said...

tahniah zila :)

Azila Aini said...

thnks irna :)

NURUL QURATTUL AINI =Ɖ said...

tahniah zila... =)
mase test jpj gerun tak?
ade ulang sekali lg ke atau terus pass..?

Azila Aini said...

time jpj ok je :) senyuuum je ! haha, sekali je pas :D

NURUL QURATTUL AINI =Ɖ said...

waah best la sekali je..
Aini baru nak amek lesen., seram sejuk kot..