stalker

Engaged
20 october 2013


Married
10 mei 2014


Sunday, November 13, 2011

geram di hari ahad (-_-')


ingin melepaskan rasa geram sebentar dalam blog ini ! sudah lama pendam ! jadi, hari ini memang tak boleh nak simpan dah. baik aku luahkan dalam blog ini, biar mana-mana pihak tahu mana betul dan mana salah, sebab aku diam sahaja kan, jadi, korang suka lah kan ! meyh aku tulis sikit AL-KISAH kesabaran aku nie. korang sudah membuat aku lagi benci dengan keadaan ini korang faham tak, pegi lantak lah korang nak cakap aku nie cakap belakang ke ape kan, janji hari ini terang-terang aku nak luahkan bertapa stress jiwa aku bila orang asyik salahkan aku sahaja. !

pertama sekali, aku nak cerita pasal apa yang terjadi pada hari ini, aku takkan sebut nama sesiapa pun dalam ini, itu matlamat aku, aku tak suke malukan orang bulat-bulat dalam blog aku nie. sebab biarlah aku geram nie, aku sahaja yang tahu atau follower semua dan teman-teman yang mengujung blog aku nie everyday ! terima kasih sebab menyokong blog cik zila ini ! terharu kejap. geram tetap geram ok kekawan semua.

apa yang terjadi pada hari ini ? ok cerita si A yang #bbm# aku malam tadi, aku reply seperti biasa. sebab si A ingin selesaikan kerja-kerja yang patut hantar ke tempat sedemikian ini pada hari isnin 14/11/2011.  aku diajak untuk menolong siapkan, aku tak kisah pon, sebab aku pun ingin belajar kan. tak fikirkan aku nie practical or whatever lah kan, aku fikir aku nie kerja. tengah bekerja. jadi aku OK kan sahaja dengan penolongan si A ini. walaupun aku tengah dalam keadaan lemah lagi, mata aku pun tak pulih sangat, badan aku pun masih perlu berehat dan ubat-ubatan untuk sihatkan kesihatan aku ini, sebab esok aku taknak MC kalau boleh ! sebab itu aku perlukan rehat dan jauhi panas, tapu dengan niat aku nak menolong dan ingin belajar walaupun hari AHAD, tapi apa aku dapat hari ini ? aku dapat "salah dari mulut si B". 

aku tidak tahu jalan cerita langsung, aku terkena salah itu, bukan aku tak dapat ! AKU DATANG ! naik kereta, guna minyak petrol bukan AIR PAIP faham, aku bukan jenis suke mengungkit ! tapi kalau bukan salah aku pun, then aku DIPERSALAHKAN juga, memang tak jadi ape lah kan. aku sabar je ! si B asyik nak menyalahkan aku sahaja dalam apa jua keadaan. sebab si B memang tak pernah puas hati dengan aku. sebab aku tak pernah nak amek tahu pasal si B nie, pegi lantaklah, janji aku tak ganggu hal ko kan B ! 

aku dapat tahu hal ini pun sebab si A #bbm# aku semalam malam dalam pukul 9malam. nasib baik aku tak tidur lagi, jadi aku sempat bagitahu parents aku serta sempat aku kasi tahu member practical sorang lagi, iaitu HANIM, masing-masing free esok. jadi aku pun datang lah tadi pukul 630am aku da bagun, lepas solat subur terus siap-siap, pukul 730 aku sudah kuar rumah, sebab aku taknak orang tunggu aku, tapi aku sampai sana office masih CLOSE dan tiada siapa pun dekat situ. dalam 1JAM kemudian, aku masih menunggu lagi sebab sudah janji kan, takkan tak tunaikan janji kan. janji itu wajib ! aku tak suke orang mungkir janji dengan aku. itu matlamat aku. aku tak sihat pun, aku sanggup datang ! mata aku pun bengkak lagi, taknak sapa2 jangkit dengan mata aku nie. tapi sebab semua ini sudah JANJI, jadi aku kene datang dan tunaikan. 2JAM kemudian. masih sama, hampeh ! aku sudah tidak larat nak menunggu selama 2JAM, sebab dalam masa 2JAM, aku tiada terima pape berita. aku sudah CALL/BBM dekat si A ini. tapi ?????

janji melayu kan, datang ! tapi kemungkinan datang dalam mimpi sahajalah kan, aku sabar lagi, sebab aku seorang pelajar yang sedang diajar, jadi aku kena follow walaupun hari ahad, hari cuti aku. aku sanggup pergi office walaupun aku tahu, aku pergi sana hanya menolong dengan ikhlas. tak fikirkan pun nak duit minyak. tapi ini yang aku dapat dari pihak-pihak tertentu ! terima kasihlah kan, sedih sangat kot hari ini, tapi tuhan sahaja bertapa sabar ye aku dalam hal sedemikian.

yang aku terima selepas 2JAM kemudian, adalah "DISALAHKAN OLEH SI B" ini, si B cuma cakap, "korang jawablah esok" aku terfikir, ape lagi salah aku sampai nak jawab-jawab esok nie ? sebab aku sudah datang depan office PUKUL 8AM ! bukan aku tak datang, bukan ada orang tunggu aku datang pon, aku DATANG dan MENUNGGU orang dan CALL/BBM orang lagi adalah, kalau orang tak reti sabar kan, aku rasa 15minit die tunggu pun, die da blah kot. tapi aku sanggup menunggu sampai pukul 10AM ! tapi apa aku dapat sekarang ? "DIPERSALAHKAN PIHAK-PIHAK BERHAK" aku sabar sahaja !

kepada pihak-pihak sedemikian, tolong jangan mementingkan diri sendiri boleh tak ? aku pergi sana guna kereta dan kereta aku tu GUNA MINYAK PETROL bukan MINYAK KUAR DARI PAIP faham ? tolong berfikir boleh tak ? aku nie bodoh-bodoh pun boleh fikir kot, takkan korang YANG PANDAI nie susah sangat nak memikirkannya haa ? umur da melanjut ! aku nie baru 20tahun, masih banyak benda kena belajar ! korang menunjuk tauladan tak baik kat kiteorang, macam mana aku nak RESPECT korang kalau korang pon macam nie, disebabkan kiteorang STUDENT yang sedang PRACTICAL, korang sanggup buat macam nie dekat kiteorang ! terutamanya aku nie, kalau aku ni kurang ajar kan, aku menjawab "kenape hari ahad perlu kerja?" tapi sebab aku manusia ! dan aku masih reti hormat orang nie. 


tinggal 3minggu sahaja aku dekat sana ! lepas nie si B atau mana-mana yang berkenaan, takkan nampak aku dahlah, aku pun malas nak tahu pape dah, kalau PENTING sahaja aku akan bertanya ! itu sahaja, lama-lama kat tempat orang yang pentingkan diri nie memang payah ! aku nak belajar pun dimarah-marah ye, memanglah kita tak faham, kita perlu bertanya, tapi kalau nak tanya benda sama yang sudah lama tak buat, takkan nak marah juga kot. adooooi ! boleh fikirlah, kami student practical kot. bukan PEKERJA ANDA faham ? aku sabar dan sabar sahajalah 9/12/2011 aku terus BLAH DAN BLAH ! takkan kenal dah korang da. sekian. 

akhir cerita ini, kepada si A, aku nak mintak maaf dengan apa yang terjadi hari ini, walaupun aku tak salah, aku mintak maaf sesangat, sebab aku sudah cuba CALL/BBM ! tapi tiada pape berita, jadi aku membuat keputusan untuk pulang ke rumah, sebab kesihatan aku perlu dijaga, insyallah kalau umur panjang, kita jumpa esok. apa-apa pun hari ini buar pengajaran kepada kita semua. dan kepada si B ! jangan nak salahkan aku aja ok. ko kena siasat siapa yang salah dalam hal sedemikian, jangan nak menganjing orang aje ye. aku sabar aje dengan kau, kau nak maki hamun aku esok pun ! aku malas bersuara, baik aku diam, sakit hati je kalau menjawab nie, macam budak-budak. fikir ok mana yang baik ye si B ! jangan nak cari SALAH aku aje.

itu sahaja luahan hati aku yang aku pendam dari dalam kereta tadi dan sebelum-sebelum ini, sekian sahaja, terima kasih kepada sesiapa sudi membaca LEPAS GERAM aku pada hari AHAD ini.

#setiap manusia ada kesilapan, tapi jangan setiap kesilapan itu diulang, dan jangan mencari kesilapan orang yang tidak bersalah, kbai.

6 comments:

NURUL QURATTUL AINI =Ɖ said...

sabar ye zila..
org2 spt mereka tu mmg mcm tu..
suka cari salah org. salah sendiri tak nampak. Ibarat mcm kuman diseberang laut dye nampak, gajah didepan mata tak nampak..

Azila Aini said...

Thanks aini (!_!) zila sabar jerla ape nak jadi lepas nie.

Irna said...

sabar ye zila.. be strong dear :)

Azila Aini said...

thnks irna :) hehe

aizadalias said...

uit mkcik...tulisan besar la sikit...juling mate..haha

mohd khairol yasin said...

haha ! juling ek ? baru la syokkk meyh :p