stalker

Engaged
20 october 2013


Married
10 mei 2014


Friday, December 09, 2011

last day practical (!_!)

assalamualaikum reader ! 
bismillah pembuka cerita di hari jumaat ini. hari ini adalah hari TERAKHIR aku berLATIHAN INDUSTRI di syarikat JRC-PRO TECHNOLOGY SDN BHD.  syukur alhamdulillah, sempurna sudah latihan industri aku. cuma nak selesaikan draf sebelum bukak kolej ! draf oh draf, masuk mimpi aku lah malam kang nie. sebab dalam otak fikir draf pulak. disebab buku laporan sudah selesai di SIGN dan diberi markah kepada aku. jadi otak penuhkan draf sahaja. 


kembali cerita pada hari ini, hari ini 09122011 adalah tarikh aku serta rakan-rakan practical tamat berkhidmat disitu. selama 21MINGGU aku bersama syarikat ini. banyak benda aku belajar dan banyak benda aku tahu tentang syarikat. walaupun aku bahagian technicion, tapi bahagian office juga aku dapat ilmu juga ! jadi, ilmu yang diberi akan guna sebaik mungkin. insyallah !

kerja aku terakhir aku pada hari ini adalah format dan backup data ! itu last kerja aku, dan selesai kerja aku itu. aku banyak habiskan masa depan leptop dan online. hehe ! dan bbm sahajalah ! kemas tempat duduk aku tu, dan tolong apa yang patut. dan menunggu bos technicion selesaikan ipad, aku serta rakan-rakan menunggu untuk mendapatkan sign buku report dan markah ! balik tadi dalam pukul 830pm jugalah ! tapi cool* je ! sebab rasa sedih nak tinggalkan syarikat tu ! banyak kenangan manis dan pahit disitu. 

walau apa-apa pun ! insyallah kami bertiga akan datang office untuk membuat kecoh ! haha, taklah. nak datang lagi sebab nak ambil sijil berhenti practical. dan jalan-jalan jengok warga jrc-pro. rindu nak format dan godek cpu. huh ! sedih gila kalau tengok gambar first hingga last nie. sayuuuuu je !



selamat tinggal jrc-pro technology, panjang umur ketemu lagi. kami sempat tinggalkan hasil tangan kami. hope sudi gantung kat dinding sebelah HP tu. haha *mengharap nie* agaggaa ! terima kasih bahagian technicion iaitu bos technicion abang amer, dan technicion  abang ayem dan abang anas ! terima kasih banyak beri tunjuk ajar. kepada big bos, encik hady dan kak ain. terima kasih juga. tidak lupa juga kepada kak munirah iaitu kakak office yang comel. serta encik suhairi dan encik khairy ! terima kasih banyak tunjuk ajar tentang tender.



byeee, jumpa lagi. assalamualikum.

No comments: