stalker

Engaged
20 october 2013


Married
10 mei 2014


Sunday, January 15, 2012

hang out with gegirls :)


assalamualaikum reader ! post ini adalah semalam punya cerita iaitu 14JANUARI2012 punya hal okey. disebabkan tak sempat nak update semalam. jadi aku update sekarang lah kan kan. huh. papepun aku akan update this memory. gambar diatas adalah dalam kereta hak milik kak ikeen, iaitu yang berbaju biru ye !

aku keluar bersama kakak-kakak baru dan lama ! haha, ada ek macam tu ? ok maksud baru dan lama adalah, aku keluar semlm bersama kakak angkat aku, yang mana kakak angkat aku ? yang baju biru tu ler, yang tomel tomel, dia adalah kakak besar aku. dan belakang kakak besar tu, adalah kakak medium aku. susahnya nak terangkan. ok. tengok gambar bawah pulak.


haha. ini baru senang nak terang kan kan. aku yang tengah itu paling tecik ! sebalah kanan aku adalah kakak besar a.k.a kak lolli ikeen dan kiri aku pulak, kakak medium a.k.a kak fiza. kepada kak medium(kak fiza) terima kasih sudi ambil dak tecik nie kat rumah ye. hehe. dan terima kasih juga kepada kak medium(kak ikeen) sebab ajak keluar penatkan kaki saya nie. hehe, best sangat ! then belanje makan. muka tak malu je. haha


hai kakak baru ! ini pulak kawan kepada kak lolli ikeen. iaitu kak ayu dan kak ela(bedalJERnie). dieorang sangat comel dan baik gila. first jumpa da mesra alam. haha ! nanti jumpa lagi ye kakak gebu dan kakak cute. aku nie suke kasi nama kat orang. haha, 


this me ! :) haha, posing jerla mana sempat kan kan, by kak medium. terima kasih layan kerena budak tecik nie. papepun aku nak ckp, aku kuat tidur. agak bosan sikit, aku akan lelap. jadi, dalam kereta aku tidur la, haha, (xmalu tol) apa kan daya. kesihatan aku nie bukan stabil sangat, jadi aku tidur la mane dapat ruang aku tidur. haha. aku dapat shopping satu baju sahaja dekat sungai wang. 

perjalanan aku adalah ke kuala lumpur iaitu sungai wang dan time square. but time square tak masuk. kakak2 nie je masuk. sebab parking kereta kat luar kan, lagi pon nak cepat. then lepas settle semua nie terus ke shah alam, seksyen7 time ! hehe, pergi memindahkan barang-barang kak ikeen. dan ditemani abang adam(bf kepada kak ikeen). selesai memindah terus dinner sebentar di "hailam kopitiam" semalam keluar memang makan kat hailam sahaja. kat sungai wang pon "pak hailam kopitiam" then kat shah alam pon "hailam kopitiam" bersama kak ikeen, abang adam, kak fiza dan aku. terima kasih abang adam belanja.


menu di "pak hailam kopitiam" dekat sungai wang. asam laksa dan bandung cincau. sedap ! tapi pedas dan tidak habis. menu dinner tak sempat nak shoot sebab bettry phone da mati. haha. menu malam adalah nasi lemak special dan air jus naga ape benda enta. haha, bedal je ! janji ade naga. haha

selesai sudah aku keluar tak reti balik nie. haha ! kak fiza hantar aku pulang ke pintu rumah. pukul 1pagi juga kot aku balik. tak tengok jam. balik-balik mak sudah tanya, gie mne. hehe ! nasib baik tak marah balik lambat, sebab sudah mintak kebenaran kan mak abah. 


p/s: ready untuk pulang ke pekan koboi, setiap minggu akan seperti ginilah gamaknya. haih ! sadis tol. internet kat rumah sewa masih belom boleh diguna. arghhhhh ! sabo jerlaa.

No comments: