stalker

Engaged
20 october 2013


Married
10 mei 2014


Monday, February 06, 2012

bekas wirawati (-_-)

assalamualaikum, 
hai hai reader ! tetiba aku nak cerita pasal aku yang telah terpilih menjadi "WIRAWATI PLKN", walaupun benda nie serius sudah lama, tapi masih baru semalam aku tamat berkhidmat negara, aku yang terpilih menjadi wirawati plkn, di KEM DESA RIMBA KUALA KANGSAR, PERAK. selama 3bulan. iaitu pada KUMPULAN 2 SIRI 6/2009. sudah 3tahun aku tinggalkan kem tu. tapi masih dalam ingatan ! 


diriku adalah diriku. haha ! sebeginilah diri ku apabila ku berada dalam khidmat negara. memang tidak sangka aku boleh terpilih menjadi wirawati di kem desa rimba, sangat-sangat lah aku bertuah ! sebab aku terpilih juga dalam reramai seluruh dunia nie.

ramai cakap, yang terpilih masuk plkn nie semua budak nakal-nakal. tapi tak kot. budak baik pon masuk juga. ini sebenarnya, yang masuk plkn nie cuma yang bertuah sahaja. percayalah ! setiap kita hidup kat dunia nie, mesti ada bertuah. bagi aku, aku dapat masuk plkn nie, sebab aku bertuah kot, sebab dan mungkin juga ingin menjadi aku lagi pandai berdikari dalam hidup. 

tamat aku tingkatan 5, terus menunggu kehadiran plkn pada bulan 3. sebelum keputusan keluar. baru kumpulan 1 iaitu kawan-kawan aku baru pulang. selepas melihat rakan-rakan sudah pulang, aku terasa geliran aku pulak selepas itu. hati aku tak sedap aje, dup dap dup dap jugaklah ! sebab 1st nak pergi tempat orang, 1st nak jauh dari family dan 1st kene berdikari sendiri selepas tamat tingkatan 5.

aku bersyukur sebab aku dapat mengenali diri sendiri dan kenali orang lain dalam masa 3bulan. walaupun aku banyak terbaring dekat kem. disebabkan kesihatan aku tidak stabil. iaitu antibody aku tak kuat. badan aku pon bukan stabil. dan aku anak bongsu dari 5beradek. dan aku tak pernah berpisah bersama parents aku. dan apabila aku dapat plkn, memang aku seronok. tapi sampai kem, aku demam sahaje memanjang. haha, sangat kelakar, dalam sebulan mesti 2minggu aku demam dan 7kali aku kene cucuk ambil darah.

sampai satu haritu, aku dipanggil suruh kemas-kemas pakaian untuk pergi hospital kuala kangsar sebab darah aku prob, serius aku terkejud berok jugaklah, sebab sebelum dipanggil tu. aku sihat walafiat kot. boleh main lari-lari. haha, tapi apakan daya, cikgu-cikgu dalam kem suruh kemas pakaian, sebab aku akan duduk dalam wad. lagi aku tergila. sihat-sihat suruh duduk wad, sampai rakan-rakan dorm aku semua terkejud tengok aku. dan aku dapat mc selama 3hari selepas itu. apa-apa pun aku tak sempat masuk wad, doktor suruh aku balik, dia cakap darah aku OK. aku pun lege, aku bukan saspek denggi pon. just demam rindu dgn family je. 

dan kenangan paling seronok adalah, aku dapat round-round pekan kuala kangsar naik van plkn, hehe ! shopping coklat lagi weeh. terbaiklah cikgu-cikgu semua yang bawak aku nie dan paling sadis gile. tangan aku masih dalam cucukkan ambillan darah, ape ke benda tu, aku tak tahu la. bengkak juga tangan aku nie. macam orang paling-paling sakitlah masuk pasaraya kat pekan kuala kangsar tu. tap itu semua hanya sekali. insyallah ada masa dan ruang, aku akan berjalan kesana lagi. mesti banyak benda berubahkan kan.


disinilah aku menjaga diri aku selama 3bulan dan menjadi anak perak selama 3bulan juga. hehe. tapi aku terkurung disini. memang tidak dibenarkan keluar kecuali ada khidmat komuniti diluar, iaitu dalam kelas kenegraan kot, haha, lupa aku. aku pun main bedal je nie. tp aku ingat jalan kesini dan aku tahu, kem aku dalam hutan. tapi tepi jalan raya, dan berjiran dengan kem tangkas kendiri. tap boleh tahan jauh sedikitlah. aku perna jejak kem tangkas kendiri sebab ade program. jadi kami kene jalan kaki kesana bersama baju kelas. serius rimas lemas jugaklah. tapi best ! sebab semua biru-biru. haha

aku banyak tempat aku melawat kat kuala kangsar nie, tapi aku nie hampeh sikit, nama tempat plek. jadi aku pon pelupalah. hahaha ! tapi semua tempat best, banyak benda belajar. buat tikar tecik-tecik dan melawat muzium. adalah sikit gambar-gambarnya, dan salah satunya. gambar nie kelakar sikit. hahaha !


dalam muzium nie, macam-macam ada, bukan setakat dalam. luar muzium pon macam-macam ade, nak sangat pergi lagi. imbas kenangan bersama rakan-rakan plkn yang lain. ahaks, 

mungkin itu sahaja yang aku nak share dengan tiada motif. tetiba aku nak cerita pasal 3tahun lepas punye ! haish, tapi kekadang best bila dapat ceritakan balik. aku nak adik-adik yang dapat plkn tu, jangan lah ngelak ataupun ngelok ok. plkn nie tempat kita belajar berdikari sendiri tau. percayalah. good luck for adik-adik !

4 comments:

lailaTriffs said...

memang bertuah sanggat, sebab laila pun taak dapat PLKN , huhu insan terpilih jee dapat pergi, hehe :)

Azila Aini said...

tol-tol :D

Bubu Ashley said...

hee alaa kite pun dapat lhaa kat sini . Kena daftar 3/1/2013 ni . Alahai jantung ni berdebar gile . Tapi lepas baca statment akak ni rasa macam best je kot :')

Azila Aini said...

wahh :) tahniah sayang ! kat sana best, cikgu2 baik. tapi ramai cikgu baru la kot. akak pegi pon da 3tahun lepas. GOOD LUCK dear !