stalker

Engaged
20 october 2013


Married
10 mei 2014


Saturday, April 21, 2012

bengkel keusahawanan @ ILDAS

assalamualaikum, 




permukaan cerita aku dan rakan-rakan semester4/JAN2012.  iaitu program hari keusahawanan semester 4, yang telah di adakan di Institut Latihan Dakwah Selangor, Sabak Bernam. kami telah bermalam di ILDAS, selama 2hari 1malam sahaja, iaitu pada hari jumaat dan sabtu. 20&21april2012.

program ini bukan suka-suka kolej kami anjurkan, tetapi program ini telah mengajar tentang menguruskan sesebuah perniagaan sendirian. contohnya ialah berniaga sendiri, bukan makan gaji. itu tujuan program keusahawanan di ILDAS itu, dan untuk pengetahuan program ini adalah semua bengkel untuk kami semester4, oleh sebab 25APRIL kami akan menjalani satu keusahawanan bersama-sama rakan sekelas. 



dalam cerita pendeknya, kami telah diberi tugas untuk membuka gerai dan mengendalikan sesebuah perniagaan yang telah berbincang bersama-sama rakan group. bagi kelas aku, ada "DUA KUMPULAN" dan telah di terbahagi kepada "EMPAT KUMPULAN" oleh sebab kelas aku bilangan ramai dan membuat "RANCANGAN PERNIAGAAN" by group. 

bengkel bagi slot penceramah pada pukul 10.30am hingga 12.30pm, dan beri ruang kepada kaum adam pergi solat jumaat di masjid yang berhampiran bagi umat muslim sahaja, yang muslimah duduk dalam bilik yang disediakan. ops ! cerita sampainya kami dan kumpulnya kami semua pelajar, kami berkumpul pada pukul 7.30am di pintu B kolej komuniti sabak bernam. dan pukul 8am bas ILDAS&KOLEJ telah menunggu kami, dan mulakan perjalanan, bas tidak mencukupi, jadi 2trip bas ILDAS datang amek rakan-rakan yang lain di kolej.

sampainya kami ke ILDAS pukul 830am bagi bas pertama sampai.dan terus baris "CHECK IN" ambil kunci sebelum itu dan kemudian hantar barang-barang ke asrama yang telah ditetapkan. 1bilik 2orang sahaja. aku sebilik bersama adinda hanim. siap letak barang semua di dalam bilik, terus turun dan kul 10am sarapan dahulu dan kul 10.30am start slot pertama bersama "PUAN HAJAH"

selepas makan tengah hari dan selesai solat jumaat dan zuhur terus ke dewan, slot kedua sampai kul 4.30pm.selesai slot bersama puan hajah, makan petang sebelum makan petang solat asar dahulu dan makan petang, sempat aku dan rakan-rakan lain pergi jalan-jalan satu ILDAS, melawat ILDAS.  dan sudah penat round, terus naik atas mandi-mandi dan bersedia makan malam pada pukul 6.30pm. 

selepas makan malam terus ke surat di dalam ILDAS, untuk menunaikan solat maghrib berjemaah. selesai solat maghrib terus bersedia untuk aktiviti seterusnya, iaitu SLOT RP BY GROUP. aktiviti ini by group jadi kami semua bersekumpulanlah.ikut kelas masing-masing. bermula 8pm sampai 10pm. dan makan ringan-ringan sebelum naik tidur. 

"aku naik atas terus main blasah semut dalam bilik, arghhh ! serius banyak semut api, naik gatal-gatal badan aku nie. sampai tidur pon fikir 7kali gak, macam mana nak tidur nie. hahaha. last-last lelap juga mata nie, dengan line kejap ade and kejap tak ada, jadi aku tertido juga akhirnyaa"

hari terakhir di ILDAS pulak, bagun pagi solat subuh dan terus siap-siap packing barang-barang untuk CHECK OUT pulak. 730am sarapan dahulu dan terus berkumpul dalam dewan, menunggu bas pukul 9am.

syukur alhamdulillah, prrogram berakhir dengan selamat dan aman damai. terima kasih warga kksb dan warga ildas yang sudi menjaga kami yang sudah tua-tua nie. grrrr. bas sampai, semua perempuan kksb naik dahulu, sebab ada 2bas sahaja. selesai penghantaran pelajar perempuan, turn last adalah pelajar lelaki. tidak lupa juga, program ini berkongsi bersama cawangan kksb itu, KOLEJ KOMUNITI TANJUNG KARANG.







terima kasih sudi baca :) singgah lagi, salam.

No comments: