stalker

Engaged
20 october 2013


Married
10 mei 2014


Thursday, November 29, 2012

masterchef malaysia musim ke-2

assalamualaikum,
pertama sekali. nak say HAI kepada semua follower dan kakitangan yang sudi singgah ke blog saya yang agak super kanak-kanak riang. ahaks, suke tak ?? haha ! hope tersenyum bila masuk blog saya nie ye kawan-kawan semua.

sejak semenjak nie saya jarang untuk update or whatever lah. disebabkan tiada masa. OPS ! tiada masa ? haha. walaupun saya tidak bekerja dah di mana-mana syarikat. tapi saya ada tanggungjawab juga kat rumah, saya jadi suri rumah tangga tapi tangga rumah jerla kan. sebab belum jadi bini orang lagi. hohoho. jadi saya menolong mak mengemas dan secara tidak langsung pon, tangan yang tak reti masak nie pon jadi reti tahu. tapi baru mencipta masakan 3jenis jelah baru. tu pun, kejap-kejap. "MAKKK" haha ! jadinyaa, saya belum sedia masih dalam proses belajar memasak. dan oleh itu tajuk di atas adalah MASTERCHEF MALAYSIA. haha.

okok, dan sebenarnye saya menaip nie sebab tengah rajin, rasa nak menaip je, sebab da lame tak menaip panjang-panjang nie, kang tetibe lupa huruf KEY dekat keyboard nie. haha, selalu taip tak pandang pon keyboard, CEHHH nampak tak hebat ye saya ? haha ! *perasan*. 

semua tahu rancangan MASTERCHEF MALAYSIA kan ? kompem semua yang usha blog saya nie suka tengok masterchef kan kan ? sape tengok sampai sekarang, sila klik LIKE di post saya ok. haha ! promote sudah. hahaha. oleh sebab semua tahu cerita pasal masterchef nie. yang disiarkan di astro ria iaitu chner104, yang berlangsung pada sabtu hingga khamis, pukul 9.00pm hingga 10.00pm dan isnin adalah setengah jam sahaja. wowo. terasa hebat nak cerita, haha.

sebab saya dan ahli keluarga saya takkan tinggal masterchef lah. mesti tengok. kul 9pm lepas berita, terus fly chner104. haha ! cerita lain akan ditendang. sekian. haahaha ! hari demi hari, sorang demi sorang disingkirkan dari dapur masterchef, yang disingkirkan itu bukan tak reti masak, tapi dieorang adalah superB. insyaallah rezeki dieorang berada diluar sana. kita tak tahu kan. mungkin rezeki dieorang yang tersingkir di dapur masterchef setakat itu. dieorang kena redho dan dieorang perlu rasa bertuah, sebab terpilih dari beribu-ribu orang diluar sana. 

sekarang tinggal empat orang finalist yang tinggal di dapur masterchef yang akan berentap pada hari sabtu ini, 1DIS2012, good luck for you all. 

"along, izyan, etiqa & ah hong"



along adalah peserta paling muda di dalam dapur masterchef.



No comments: