stalker

Engaged
20 october 2013


Married
10 mei 2014


Friday, July 25, 2014

suamiku, ILY !!

Berkawanlah selagi ada hati, 
Bercintalah selagi dia sudi, 
Bergembiralah selagi ada teman di sisi, 
Dan ingatlah aku selagi terasa ia bererti.

Gugur bunga kerana layu
Gugur cinta kerana cemburu
Kabut jalan kerana debu
Fikiran melayang kerana
Rindu ku pada mu..

Setitis air mata kekadang lebih
Istimewa daripada senyuman
Kerna sekuntum senyuman boleh
Diberikan kepada sesiapa sahaja
Tetapi ketahuilah setitik airmata
yang menitis dialirkan hanya untuk
mereka yang tersayang..

Bila saya KACAU awak
Saya takut nak KENAL awak..
Bila saya kenal awak
Saya takut nak SAYANG awak..
Dan bila saya sayang awak
Saya takut KEHILANGAN awak..

Air mata tak kan menitis
Jika hati tak terluka..
Ketawa tak kan wujud
Jika hati tak terhibur..
Rindu tak kan hadir
Jika hati tak menyayangi..
Dan sayang tak kan berputik
Jika hati tak mencintai..

Apabila aku kesepian
Hiburkan aku dengan suaramu
Apabila aku sakit
Ubati aku dengan kasih sayangmu
Dan apabila aku pergi
Kuburkan aku dalam hati mu..

Camne I nak eja “C_TE”
Kalau xde U?
Camne I nak “CI_M & PEL_K”
Kalau xde U?
Camne I nak kata “I LOVE _”
Kalau xde U?
Sebab itulah saya perlukan
sangat2 U dalam hidup I..

Tiada cinta tanpa air mata
Tiada rindu tanpa kasih sayang
Tiada kejujuran tanpa keikhlasan
Dan tiada yang berkekalan tanpa KESETIAAN..

Seseorang yang mencintai kamu,
Begitu jarang memujimu.
Tetapi di dalam hatinya
Kamu adalah yang terbaik.

Sesungguhnya SAYANG itu wujud dari
Satu pertemuan
Dengan sepuluh pertanyaan
Dan seratus keyakinan
Mewujudkan seribu pengorbanan
Serta berjuta kali perjuangan
Dengan hanya satu KEIKHLASAN hati..

Biarpun ayat-ayat cinta ini
Sudah tua, rapuh, luluh dan lusuh
Yang pasti CINTA ku tetap segar,
Mekar dan semakin dalam…

No comments: